Ketiadaan Rizal Ghazali dalam kem latihan skuad Harimau Malaya akhirnya terjawab apabila Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengesahkan telah menerima surat penjelasan daripada pemain pertahanan Sabah itu.

Rizal sebelum ini telah menolak panggilan ke skuad kebangsaan sehingga memaksa FAM memanggil Khuzaimie Pee bagi menggantikan tempat Syahmi Safari yang menjaga isterinya baru lepas bersalin.

Menurut laporan daripada Berita Harian, bekas pemain Kedah itu tidak dapat menyertai kem latihan kali ini kerana mempunyai masalah keluarga.

“Saya dapat surat itu pada Jumaat, alasan yang dia bagi kerana dia menghadapi masalah keluarga. Rasanya dia tak dapat datang (sertai kem latihan skuad kebangsaan kali ini).

“Penilaian berkaitan alasan itu akan dibuat oleh pengurusan pasukan kebangsaan dan terpulang kepada pengurusan pasukan untuk buat keputusan,” kata Setiausaha Agung FAM, Saifuddin Abu Bakar.

FOTO: FAM

Difahamkan pemain itu perlu menjaga bapanya yang terlantar sakit di hospital berdasarkan perkongsian melalui laman instagram sekaligus memberi bayangan antara faktor utama beliau terpaksa menolak pelawaan ketua jurulatih baharu Harimau Malaya, Kim Pan-gon.

VOCKET FC ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan semoga cepat sembuh kepada bapa Rizal Ghazali dan dipermudahkan segala urusan.

Baca artikel lain mengenai perkembangan skuad kebangsaan melalui pautan dibawah.

Zhafri Yahya Akhirnya Dipanggil Sertai Skuad Harimau Malaya

Kim Pan-gon Minta Semua Pihak Bersabar

Dion Johan Cools Tidak Sabar Beraksi Di Hadapan Penyokong Harimau Malaya